Sabtu, 8 November 2014

Kalau orang Islam percaya al quran tentu mareka tidak permusuhan dengan orang Kafir

Kalau orang Islam yang sujud ke Kabah yang satu di Mekah percaya al quran tentu mareka tidak permusuhan dengan orang Kafir yang sujud keBerhala yang banyak di merata-rata tempat.
Cuba perhatikan ayat-ayat Al-Quran di bawah ini :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
109:1 Hai orang-orang Kafir
109:2 Aku tidak akan sembah apa yang Kamu sembah
109:3 Dan Kamu tidak akan menyembah apa yang Aku sembah
109:4 Dan Aku tidak akan menyembah apa Kamu sembah
109:5 Dan Kamu tidak akan menyembah apa yang Aku sembah
109:9 Bagi Kamu Agama Kamu dan bagi Aku Agama Aku

Dan kalau orang-orang Islam percayakan Al-Quran tentu mareka tidak akan mengfirkan kepada orang sesama Islam yang tidak sepahaman dengan mareka 

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini :

dalam surah 53 ayat 38-40:
53:38. Bahawa orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain,
53:39. Dan bahawa tiada bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan,
53:40. Dan bahawa usahanya, sungguh akan dilihat,

dalam surah 2 ayat 134 :
2:134. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.

Dan dalam surah 10 ayat 41 :
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."

Kan dah selesai segala masalah sesama Islam.

Karena ajaran Tuhan dalam Al-Quran surah 6 ayat 108, melarang kita maki kepada orang yang tak sepahaman dengan kita:
6:108. Jangan kamu maki yang mereka seru selain daripada Allah, karena mereka akan maki Allah, dengan meliwati batas dengan tidak mempunyai pengetahuan. Demikianlah Kami hiaskan bagi setiap umat amalan mereka, kemudian kepada Tuhan mereka, merekalah tepat kembali mareka, mak Dia terangkan kepada mereka apa-apa yang mereka kerjakan.

Dan kalau kita rasa kitalah yang benar dan yang lain salah, kita di sifatkan oleh Tuhan sebagai Iblis, lihat dalam surah 34 ayat 20 :
34:20. Iblis mengesahkan pendapatnya terhadap pengikutnya, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin (yang percaya kepada Al-Quran sebagai panduman hidupnya).

Kalau kita percaya kepada kitab-kitab Ulama Islam dan kita tinggalkan Al-Quran kitab Nabi Muhammad,tentu kita mengafirkan atau meyahudikan orang yang tak sepaham dengan kita, sebagaimana kita lihat di ceramah-caramah agama Islam oleh Ustaz-ustaz atau guru-guru agama Islam You Tube.com, lantaran mareka percaya kepada kitab-kitab Ulama Islam yang berbeza, karena lain kitab Ulama Islam lainlah pula hukum agama Islam yang di bawa oleh Ulama-ulama Islam itu.

Cuba perhatikan tetang masalah HUKUM SENTUH ANJING DAN BABI
  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan