Sabtu, 20 Disember 2014

Tidak ada paksaan dalam Agama

Poto di atas, semua orang kata: "sembah berhala"
Poto di atas, orang Kafir kata: "sembah berhala" orang Islam kata: "sembah Allah"
*********
51:56. Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk sembah (melayani) Aku.
37:95. (Nabi Ibrahim) Berkata, "Adakah patuk kamu sembah apa yang kamu ukir,
37:96. Padahal Allah cipta kamu, dan apa yang kamu buat?"
7:195. Apa, adakah berhala mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah berhala mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah berhala mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah berhala mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu, kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku tangguh.

Berhala seperti apa yang di maksud dalam ayat di atas itu, yaitu berhala  yang tidak mempunyai kaki yang boleh berjalan, tidak mempunyai tangan yang boleh berpegang, tidak mempunyai mata yang boleh melihat, dan tidak mempunyai telinga yang boleh mendengar ?
********
Agama
10:99. Dan sekiranya Tuhan kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu mareka beriman kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang beriman (seperti kamu)?
2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa tidak percaya kepada Thagut (ketua-ketua agama pelampau), dan percayai Allah (Quran), dia berpegang pada pemegang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

Ayat di atas, menunjukan tidak ada paksaan dalam agama Islam, dalam agama Hindu, dalam agama Budha, dalam agama Yahudi, dalam agama Kristian dll.
3:110 Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
2:62 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta berbuat baik, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.
18:31. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman syurga Adn, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat!
110:2 Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati ISLAM=DAMAI sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:44 Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
2:134. Itu umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."
49:13 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya (menjaga dirinya) di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ayat-ayat diatas itu Ulama-ulama Islam tak bisa terima kenyataan dari ayat-ayat yang seperti itu, karena Ulama-ulama Islam handak paksa manusia supaya manusia ikut apa saja yang di katakan oleh mareka, sehingga sesama mareka pun masih Kafir mengafir, karena masing-masing berbangga dengan apa yang ada pada kumpulan mareka, cuntuhnya, mareka paksa manusia sembahyang lima waktu, sehingga kanak-kanak yang berusia 10 tahun mareka paksa sembahyang, kalau tidak di rutan, dan andainya mareka semua telah sembahyang lima waktu itu pun, mareka paksa sembahyang mengikut cara-cara sembahyang dari kumpulan atau dari puak mareka, maka dengan sebab itulah dalam agama Islam ada berpuak-puak sebagaimana firman Tuhan di bawah ini :
 30:31 Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Al-Quran) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32 Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

Maka dengan sebab itulah Ulama-ulama selalu berceramah sana sini dan mengajar sana sini, karena handak cari pengikutnya
9:31. Mereka (pengikutnya itu) ambil habr (ulama Yahudi dan termasuk juga Ulama Islam) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan (syirik).
9:34. Wahai orang-orang yang percaya (kepada Quran), kebanyakan habr (Ulama Yahudi termasuk juga Ulama Islam) dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
4:48. Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan (syirik), dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa(syirik) sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar.
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu (Quran) daripada Tuhan kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan (syirik).
6:107. Sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak jadi orang-orang yang sekutukan (syirik); dan Kami tidak lantik kamu sebagai penjaga kepada mereka, dan kamu bukan wakil mereka.
6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikian Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Tuhan mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.