Rabu, 1 Jun 2016

Apa maksud Solat???

Inilah cuntuh, orang-orang Islam Sembahyang di tengah jalan raya untuk menghalangi orang-orang yang lalu lalang di situ
Saya harap anda bertanya kepada Ustaz-ustaz yang anda kenal dan tahu tentang ketinggian ilmu agamanya, "apa maksud Sembahya atau Solat??? Tentu Ustaz-ustaz itu akan beri jawapan yang dapat memuaskan anda.

Saya pernah belajar agama dengan guru-guru agama di kampong saya dulu, guru saya brkata" maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam…" Berdalil dengan Hadis "وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ"

Tapi bila saya belajar agama Islam dalam youtube dan dalam Google, saya dapat tahu jawapnya seperti di bawah ini:

Senang cam ginilah, maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita: (berdalil dengan Quran) :
Al-Quran pegangan orang Islam
20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan sabarlah kamu padanya; Kami tidak minta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang beri rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang takwa.
29:45 Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah Shalat; sesungguhnya Shalat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya peringatan Allah (Quran) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Kalau Solat itu maksudnya, mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar itu, apakah perlu di mulai Takbir dan di sudahi dengan salam???
31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.

Bermakna, sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat itu bermakna, solat kita belum mencapai MAKSUD!!!

Bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah! Yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..
-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!
-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga kita dari dengar aib/buruk orang!
-Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!
Belum!! Solat korang Belum mencapai maksud..jadi ingat!

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran!!!

Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat?

jawapan: Korang kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat.

Dalm solat 5 minit korang taat segala perintah Allah,

Maka korang kena bawak ketaatan dalm solat 5 minit tu ke dalam 24 jam

Kehidupan korang…24 jam kena taat perintah Allah,

Seperti mana korang taat dalam 5 minit solat,

Dalam solat korang jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat cam gini, bila ketaatan dalam solat cam gini di bawa ke luar solat maka automatic korang punya life pun 24 jam macam ‘solat’…

************************************************************************
Neraka wil bagi orang sembahyang yang lalai dan riak
107:4 maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
107:5 Orang-orang yang, pada sembahyang mereka, mereka lalai,;
107:6 Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,(Riak),
107:7 Dan mereka enggan beri bantuan.

Apabila saya sudah tahu dan paham bahwa maksud solat itu adalah untuk mencegah kejahatan dari kelakuan kita sendiri (Quran 29:45) Ini berarti kita sembahyang 5 waktu sehari, tapi kita lupa maksud sembahyang yang sebenarnya, maka kita akan masuk dalam neraka wil:
Dulu guru agama mengajar saya, neraka wil bagi orang sembahyang yang lalai itu, adalah mareka yang lalai dalam sembahyangnya, karena mareka ingat-ingat hal kedunian dan lupa mengingati Allah dalam sembahyang mareka, dan riak, adalah mareka yang sembahyang handak menujuk-nujukkan orang bukan karena Allah.
2:43 Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?

Sedang berbuat baik tidak di acam masuk neraka walau pun riak :
2:271. Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
6:160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

******************************************************************
Orang tak sembahyang masuk dalam neraka Saqar
74:42.(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
74:43.Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
74:44. "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
7:45 "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

Maka pahamlah saya, bahwa, orang-orang tak sembahyang itu adalah orang-orang yang tidak mencegah kejahatan lidahnya dan tangannya, dan tidak pernah memberi makan orang-orang miskin, dan selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya.
Kanak-kanak bawah umur berkata:"Dania dengar orang cakap, buat baik balas baik, buat jahat balas jahat"

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. 
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Dulu guru agama mengajar saya, orang tak sembahyang lima waktu masuk dalam neraka saqar, kini saya keliru, kalau saya sembahyang pun masuk neraka juga.

Dulu saya sembahyang membaca usalli dan baca qunut subuh mengikut guru ahli sunnah, tiba-tiba datang Ustaz wahabi pula kata, baca usalli dan baca qunut subuh itu adalah bed'ah sesat masuk neraka, kamadian saya berpindah agama saya pula kepada agama Islam wahabi, lalu saya pun sembahyang tak baca usalli dan tak baca qunut subuh, tiba-tiba datang lah pula guru saya yang dahuliu itu, kata, orang sembahyang tak baca usalli dan tak baca qunut subuh itu adalah wahabi sesat kafir masuk neraka juga..saya pun jadi bengong...

maka pada hari ini saya ikut quran saja pula, dan saya belajar dalam youtube dan google dengan orang-orang Islam yang hanya bepegan kepada Quran semata-mata...yaitu golongan anti hadis, itu pun di hukum kafir juga oleh Ulama ahlis sunnah dan Ulama wahabi...

Tun Dr Mahathir berkata " saya di tuduh anti Hadis, itu tidak betul, yang tolak Hadis yang banyak sekali adalah Bukhari, daripada 600 rubu hadis yang di kaji oleh nya, dia terima cuma 7 ribu saja. dia tolak banyak hadis, saya tidak tolak banyak hadis, tetapi kalau saya berpendapat, antara Hadis dengan Quran, apa yang terdapat dalam Quran, Quran ini adalah wahyu daripada Allah subhanahu ta'ala, saya lebih mirit untuk menerima apa yang terdapat dalam Quran,....
Ucapan Tun Mahathir ini, tak di terima oleh Ulama-ulama Islam pewaris Nabi setelah Nabi wafat, karena mareka konunya mareka lah orang yang berhak menerima pusaka Nabi itu, maka dengan sebab itulah Ulama-ulama itu berpecahbelah sesama mereka, sehingga kafir mengafirkan sesama mareka sendiri, karena mareka masih rubut-merubut pusaka dari Nabi itu, hingga berbunuhan-bunuhan sesama mareka.padahal marekalah yang berhak menerima pusaka dari peninggalan Nabi mareka itu, tidak ada orang lain lagi... 

Agama berpecahbelah adalah agama Musyrikin
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan (syirik), 
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
Orang Musyrikin bersangat keras permusuhan terhadap orang percaya kepada  Quran
5:82. Sungguh, kamu dapati manusia paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman (yang percaya kepada Quran) ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang sekutukan (syirik); dan sungguh kamu dapati mereka paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang beriman (yang percaya kepada Quran) ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.

*******************************************************************************
Suruhlah keluarga mu sembahyang.
20:132 Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami(Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (orang yang menjaga diri mareka daripada melakukan kejahatan).
23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin, 

23:2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling;
23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;
23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;

Cuntuh Lokman menasihati kaepada anaknya supaya anaknya itu melakukan sembahyang = solat yang mecegah kejahatan dari kalakuat diri kita sendiri:
31:13 Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
31:14 Dan Kami (Allah) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
31:15 Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang baik). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
31:16 (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
31:17 "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar kejahatann, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
31:18 "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
31:19 "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Kalau Lokman sembahyang atau solat sebagaimana orang-orang Islam sembahyang 5 waktu selepas Nabi Muhammad wafat, sudah tentu Lokman ajar anaknya cara-cara sembahyang sebagaimana Ulama-ulama Islam di zaman ini sembahyang, tentu Beliau jelaskan apakah membaca Usalli sunat atau bid'ah, dan apakah baca qunut subuh sunat atau bid'ah, tapi Lokman tidak pernah mengajar anaknya seperti itu. hanya Lokman mengajar anaknya itu seperti sembahyang para Nabi sebelum Nabi Muhammad lahir kedunia ini lagi,

Nabi Syuib juga di perentah sembahyang, (surah 11 ayat 84-87)
Nabi Musa juga di perentah sembahyang, (surah 2 ayat 40-43)
Nabi Isa juga di perentah sembahyang,   (surah 19 ayat 30-31)
Burung juga sembahyang. (surah 24 ayat 41)

Sepatutnya kita sembahyang sebagaimana yang di cuntuhi dan nasihat oleh Lokman kepada anaknya itu....

Nabi Muhammad pun sembahyang mengikut Quran yang di wahyu kepadanya itu (quran surah 6 ayat 106)
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu (Quran) daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan (orang-orang Kafir Musyrikin).

Nabi Muhammad tidak mengadakan agama baru dan tidak membatalkan agama datuk nenek dahulu kala, sebagaimana orang-orang kafir di zaman Nabi Muhammad, di ketika Nabi berdakwah agama dari datok nineknya dahulu kepada orang-orang kafir itu , orang-orang kafir di zaman Nabi Muhammad berkata :
23:82. Mereka (orang Kafir) berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)? 
23:83. "Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."

Karena Nabi Muhammad Ikut agama Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya, yang di katakan agama dari datok nenek moyang dahulu kala itu :
4:125. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. 


6:161. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
16:123. Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
60:4 Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Dengan ini jelaslah bahwa Nabi Muhammad tidak mengadakan agama baru, dan dengan ini juga jelas bahwa Nabi Muhammad pun paham sembahyang sebagaimana sebagaimana Nabi-nabi sebelumnya paham tentang maksuk perkataan solat itu , yaitu untuk mencegah diri sendiri dari perilaku kejahatan itu...
29:45 Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah Shalat; sesungguhnya Shalat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya peringatan Allah (Quran) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Tidak ada satu pun ayat Quran yang membahaskan tentang membaca Usalli Sunat atau Bid'ah, dan tidak ada juga membahas tentang baca qunut subuh sunat atau Bid'ah, sebagaimana Ulama-ulama Islam Ahli sunnah dan Ulama-ulama Islam Wahabi yang sedang membahaskanya sampai kiamat....tak akan selesai....

Dan Perintah Sembahyang ini Sudah di perintah juga oleh Tuhan kepada Nabi ISA sebelum Nabi Muhammad lahir lagi :
19:30. (Nabi isa anak mariam)Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.
19:31. Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

Kalau sembahyang ini sebagaimana umat islam kerjakan sekarang tentunya kaum kristen kerjakan terlebih dulu sebelum umat islam kerjakan sekarang .

Dan mareka tidak berkerja lain malainkan mareka hanya bersembahyang dan berzakab seumur hidupnya, karena Nabi Isa berkata :" Dia (allah) mewasiatkan aku (isa) supaya bersembahyang, dan berzakat, selama aku hidup " yaitu sejak mareka lahir sehingga mareka mati

Nabi Isa sembahyang dan Nabi-nabi sebelumnya juga sembahyang, tidak ada satu pun Tuhan menceritakan dalam Quran, bahwa mareka-mareka itu naik kelangit untuk terima sembahyangnya itu, bahkan Nabi Muhammad pun tidak di ceritakan dalam Quran bahwa Nabi Muhammad naik kelangit untuk terima sembahyang lima waktu itu, hanya ada dalam kitab-kitab Hadis yang di ada-adakan oleh Ulama-ulama Islam, ada menceritakan bahwa Nabi Muhammad naik kelangit untuk menerima sembahyang lima waktu itu..
Ulasan Penyelewengan Fahaman Kasim & Kumpulan Tolak Hadis
lihat
34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap pengikutnya, dan pengikutnya itu mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin(yang berpercaya kepada Quran).

mahari jofar berkata 
Sebab hujjah kassim ahmad payah utk dibantah. Kalo ada ulamak yg boleh sila rakamkan disini. Saya juga ingin tahu. Salam.
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya (kepada Quran), dan orang-orang Yahudi (yang percaya kepada Taurat), dan Kristian (yang percaya kepada Injil), dan Sabiin (yang percaya kepada kitab-kitab sebelum Taurat), sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara Tuhan mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

Al-Quran pegangan orang Islam, telah di amal oleh orang-orang yang beragama sebelum munculnya agama Islam atau sebelum turunya Quran itu kepada Nabi Muhammad.

Haji Kahar Ahmad, tak wajib sembahyang 5 waktu, karena Beliau bertanya kepada Ulama Islam yang mewajibkan sembahyang 5 waktu itu: "mana dalil dalam Quran, Tuhan perintah sembahyang 5 waktu ???"
17:36 Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Ustaz Halim Hasan- Bawalah dalil jika kamu berkata yang benar, surah Al-Baqarah ayat 111.
Al-Quran pegangan orang Islam
2:111 Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika kamu orang-orang yang benar".

Sama maksudnya:
Dan mereka (Ahli sunnah dan Wahabi) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Ahli sunnah atau Wahabi". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika kamu orang-orang yang benar".

Soalan Hj.Kahar Ahmad di atas itu, semua Ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah dan dari golongan Wahabi, tidak boleh jawab sejak hari ini sampai kiamat, kalau mareka tinggalkan Quran dan ambil Hadis.

Tapi bagimana jawaban kalau mereka ambil Quran dan tinggal Hadis???
Tentu mereka jawab "tidak ada"...

Nasihat Ayah pin kepada semua Ahli Agama
Kalau kita perhatikan tikah perilaku orang-orang Islam yang tak pernah tinggal sembahyang 5 waktu dan selalu mendengar ceramah-ceramah dari Ulama-ulama Islam yang di anggap oleh mareka adalah Ulama-ulama waris Nabi itu, maka bertambah buruklah perilaku mereka terhadap orang-orang yang tak sepahaman dengan Ulama-ulama mareka yang mareka anggap bahwa Ulama-ulama mareka itu adalah Ulama-ulama waris Nabi itu....sehingga ibu bapa mareka pun, mareka benci dan maki hamun, kalau pahaman ibu bapak mareka itu tak sepahaman dengan Ulama-ulama mareka yang mereka anggap Ulama-ulama waris Nabi itu....
Bunuh orang Murtad
Orang awam tahu dalam youtube siarkan kita boleh lihat tak boleh tipu
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).