Ahad, 9 Oktober 2016

Beza orang beriman dengan orang kafir

 18:29. Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Tuhan kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya (beriman); dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya (kafir)." Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang zalim, api neraka, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka minta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

Orang beriman kita kata orang beriman, dan orang kafir kita kata orang kafir, tapi kita kena tahu apa maksuk orang beriman dan apa maksud orang kafir menurut Quran bagi orang yang percaya kepada Quran:

Orang beriman adaah orang-orang percaya kepada Quran dan kitab-kitab sebelum Quran:
2:4 Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Jadi orang-orang beriman itu adalah orang-orang yang percaya kepada kitab yang diturunkan kepada mu (Quran) dan kitab-kitab yang di turunkan dahulu daripadamu itu, maksudnya, kitab-kitab orang kristian, kitab orang Yahadi, kitab orang Buza, kitab orang Hindu dllnya .
2:5 Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
*********
Orang Kafir adalah orang-orang memecahbelah dalam agamanya,
  1. orang Yahudi percaya Taurat yang di turunkan kepada Nabi Musa, tapi mereka berpecahbalah dalam agama mereka. 
  2. orang Nasrani percaya Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa, tapi mereka berpecahbelah dalam agama mereka, 
  3. orang Islam percaya Quran yang di turunkan kepada Nabi Muhammad, tapi mereka berpecahbelah dalam agama mereka:
30:31. Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Quran) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
Ahli Sunnah waljamaah dengan Wahabi
Sunni dengan Syiah
Yahudi dengan Nasrani

5:77 Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

Ahli Kitab, adalah: 
  1. Ulama Islam yang percaya kepada Qruan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, 
  2. Ulama Nasrani percaya kepada Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa, 
  3. Ulama Yahudi percaya kepada Taurat yang diturun kepada Nabi Musa.
Orang yang selalu sebut nama Tuhan, orang itu akhirnya di jadi Tuhan dan selalu kafir mengafirkan orang yang seagama dengan mereka.

Orang Kafir Musyrikin bersangat keras kebencian terhadap orang-orang beriman yang percaya kepada Quran dan kitab-kitab sebelum Quran.
5:82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Pak Samat berkata: Orang awam tahu dalam youtube siarkan tak boleh tipu
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).