Rabu, 20 Julai 2016

Tuhan sedia neraka bagi orang Sembahyang, dan bagi orang Jahat, Tuhan sedia syurga bagi orang Baik

1. Tuhan sedia neraka bagi orang sembahyang:
dalil Quran
 
107:4 maka neraka wil bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
107:5 (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
107:6 (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat sembahyangnya),

2. Tuhan sedia neraka bagi orang Jahat:
dalil Quran
2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

3. Tuhan sedia syurga bagi orang Baik, maksud orang Baik orang tak buat Jahat:
dalil Quran
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Tidak ada satu pun ayat Quran, Tuhan sedia neraka bagi orang berbuat baik yang lalai dan riak....

Tapi yang adanya seperti ayat di bawah ini:
6:160. Sesiapa yang membawa kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
10:26. Bagi orang-orang buat baik adalah yang paling baik, dan tambahan; tiada kegelapan, dan tiada juga kehinaan akan menutupi muka-muka mereka. Mereka itu penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itu penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
99:7. Dan sesiapa buat kebaikan seberat debu, akan melihatnya,

99:8. Dan sesiapa buat jahat seberat debu, akan melihatnya..


*********
Maksud sembahyang=solah menurut Quran
Maksud sembahyang menurut Quran "maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan kita"
berdalil ayat Quran:
29:45 Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah Shalat; sesungguhnya Shalat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya peringatan Allah (Quran) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Dengan adanya surah 29 ayat 45 itu, pahamlah saya,bahwa dalam surah 107 ayat 4 dan 5 itu, yang artinya "maka neraka wil bagi orang-orang Ahli Sembahyang" itu maksudnya, neraka wil bagi orang-orang ahli sembahyang yang lalai mengjaga daripada perbuatan kejahatan kita hari-hari selepas sembahyang. karena maksud perkataan shalat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar..maaf itu adalah pahaman saya saja...


Maksud sembahyang menurut Hadis
Maksud sembahyang menurut Hadis "di mulai dengan Takbir dan di sudahi dengan Salam"


********
Orang tak sembahyang masuk dalam neraka Saqar
74:42.(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
74:43.Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
74:44. "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

7:45 "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

Maka pahamlah saya, bahwa, orang-orang tak sembahyang itu adalah orang-orang yang tidak mencegah kejahatan lidahnya dan tangannya, dan tidak pernah memberi makan orang-orang miskin, dan selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya.
**********
Cara-cara sembahyang yang sempurna menurut Quran
29:45 Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah Shalat; sesungguhnya Shalat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya peringatan Allah (Quran) adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
6:92 Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

Apakah sembahyang dalam foto di bawah ini adalah sembahyang untuk mencegah prbuatan kejahatan yang keji???
Beza sembahyang atau solat Nabi Syuib mencegah kejahatan yang keji.
11:87. Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah solatmu menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?" 
11:88. Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
23:1. Beruntunglah orang-orang mukmin, 
23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati; 
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling; 
23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;
23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;
23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;
23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka awasi;
23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka jagai;
23:10. Mereka itu pewaris-pewaris,
23:11. Yang mewarisi syurga Firdaus, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

“para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, manakah Islam yang lebih afdhal?" , sebeda rasulululah 
(1) orang yang mana selamat daripada perkataannya
(2) dan tangannya.” 
(lihat shahih Bukhari juzu' 1 muka 27 ) Sahih Muslim Juzu' 1 muka 53 , hadis dari Abdullah bin Amr, Jabir , Abi Musa dan Buraib bin Abdullah.(صحيح البخاري - كِتَاب الْإِيمَانِ - بَاب أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ)
31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji." 

31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, jangan sekutukan Allah; sekutukan Allah adalah kezaliman yang besar." 

31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan. 

31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu sekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka jangan taati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia, dan ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan beritahu kamu apa kamu buat." 

31:16. "Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari. 

31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan. 

31:18. Jangan palingkan pipi kamu daripada manusia, dan jangan berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri. 
31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

Dimakianlah cara-cara sembahyang yang sempurna menurut Quran..


Cara-cara sembahyang yang sempurna menurut Hadis itu
yaitu di mulai takbir dan di sudahi dengan salam, 
********
Perkara-perkara membatal sembahyang menurut Quran
6:92 Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.
2:40 Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
2:41 Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
2:42 Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
2:43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang-orang yang rukuk.
2:44 Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Di makianlah perkara-pekara batal sembahyang menurut Quran

Perkara-pekara batal sembahyang menurut Hadis itu,
adalah terketut dalam sembahyang, tersentuh kulik lelaki dengan parempuan dalam sembahyang, berpaling kekiri kekanan dalam sembahyang, bergerak-gerak anggota badan lebih dari tiga kali dalam sembahyang dll.
*********
Di zaman Nabi dan di zaman Sahabat ikut Quran
zallman ismail berkata:
Di dalam alquran, ALlah tidak menceritakan tentang peribadi NAbi Muhammad tapi ditekankan tentang mesej yg Nabi sampaikan..

Apakah hukuman dari Nabi? Nabi hanya mengikut apa yg disebutkan dalam alquran semata2..
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

Adakah Nabi bole mencipta hukum selain dari alquran sebagai contoh hukuman mati pada pesalah zina atau bunuh oramg murtad? 

TIDAK BOLE, kerana Allah melarang keras. Malah allah mengatakan jika NAbi mengada2kan sesuatu atas nama Allah, maka akan direntap jantungnya.
69:44. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - 
69:45. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
69:46. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

Adakah Nabi Muhammad menghuraikan alquran? Tidak sama sekali..kerana allah yg menghuraikan alquran. Nabi Muhammad cuma MENYAMPAIKAN..
42:48. Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

Apakah perbezaan pengikut agama Yahudi, Kristian dan Islam? Semuanya mendewa-dewakan para2 Nabi dan mencipta hadis2 tulisan tangan manusia sebagai supplement kepada kitab suci alquran. 
2:79 Neraka wil bagi ulama-ulama yang menulis Kitab agama dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka neraka wil bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan neraka wil bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
2:80 Dan mereka (Ulama-ulama) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
2:81 (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82 Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

Adakah kitab alquran mencipta agama atau ad deen? Allah TIDAK PERNAH mencipta agama..alquran menerangkan tentang cara hidup. Kerana itulah ada ayat dimana muslim, sabien, yahudi dan nasrani, percaya pada Tuhan yg satu dan hari kiamat SERTA berbuat kebaikan, allah akan beri ganjaran..
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya (kepada Quran kitab Nabi Muhammad), dan orang-orang Yahudi (yang percaya kepada Taurat), dan Narani (yang percaya kepada Injil kitab Nabi Isa), dan Sabiin (yang percaya kepada kitab-kitab sebelum Taurat kitab Nabi Musa), sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara Tuhan mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

Apakah yg allah gelar mereka yg memecah belahkan ad deen dan mencipta agama. Malah diajar saling membenci dengan agama lain dan sanggup berbunuhan. Mereka ini Allah gelar orang2 mushrik yakni yg menyekutukan Tuhan.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan (syirik), 
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
Dan yg anda sebut AMIN itu dari Bible... Hadis yg menyebut AMIN ialah dari Abu Huraira yg banyak menciplak kata2 dari Bible...

Bagaimana anda tahu hadis itu sahih? Anda tidak akan tahu.. kerana sampai sekarang, TIADA ULAMA DI DALAM DUNIA YG SEPAKAT, berapakah hadis yg DIPERCAYAI KATA2 NABI MUHAMMAD didalam hadis Bukhari? Yg benar2 sahih? TIADA...

Jadi, sahih ialah sains hadis yg mengiktu pertimbangan sndiri. Orang A kata SAHIH, orang B kata TIDAK, orang C kata Maudu dan seterusnya. Jadi yg dikatakan ahli hadis ini sebenarnya ialah para2 hipokrit yg skadar mengsahihkan hadis mengikut selera mereka sndiri dan ajaran totok nenek moyang yg hanya mengikut sangkaan.

Sebab itulah ALlah berfirman, dari HADIS manakah lagi selepas ini yg mereka mahu beriman?
77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini mereka akan percayai?

dab pada kesemua kawan2 anda juga, saya ada bertanyakan soalan yg anda tidak mampu jawab sehingga skrg walau dah hampir sbulan... mungkin kawan2 anda termasuk ustaz azhar idrus dan pakar2 ahli hadis yg ramai2 tidak mampu menjawabnya...

soalan saya.. Berapakah hadis sahih bukhari yg benar2 sahih? Sebutkan jumlahnya....

Dan juga sila berikan senarai hadis2 yg kita rujuk utk bersoalan...

Sebab nampaknya Eiman Muhaddist yg pakar SEMBANG bab hadis sahih dan merujuk hadis utk bersolat sehingag skrg tak mampu soalan mudah tersebut...

Mudah2an Allah hati beliau terbuka utk menerima dan membaca alquran... maklumlah....beliau tak tahu yg Allah sebut kitab berulang kali apa bila merujuk pada alquran... beliau ingat alquran ni ditulis pada tulang, daun dan lain2 kemudian dibiarkan merata2.. ini merendahkan sikap dan taraf Nabi Muhammad seolah2 beliau TIDAK MENGAMBIL endah mesej dari Allah...

Mungkin beliau terpengaruh dengan hadis dari Aisha bahawa surah rejam dan menyusu orang dewasa dimakan oleh kambing semasa Nabi wafat...

Jadi, para kawan2 semua..silalah bantu Eiman ni yer.. berikan jumlah hadis yg BENAR@ SAHIH dan disepakati oleh semua "ULAMA"?

1000 tahun dah kot hadis tu wujud... xkan laa masih teraba2 lagi kot....

Ini kerana mereka kebanyakkan tidak memahami alquran dan kebanyakan mereka pula TIDAK TAHU pun pasal hadis.. hanya mengangguk dan meniru sahaja apa yg disebut oleh ustaz2 mereka TANPA MEMBUAT RUJUKAN pun...

Dan mereka tidak mampu memberikan hadis apa yg mereka rujuk utk bersolat tapi mereka kata mereka solat ikut hadis...

Mereka kata tanpa panduan Hadis mereka tidak tahu membayar zakat..mungkin mereka perlu kaji apa makna zakat di dalam alquran yg sebenarnya...

Mereka hanya ikut hukum dlm bible dgn memuja hukuman bunuh pada pesalah murtad walau alquran melarang..atas alasan ikut hadis Nabi..sedangkan didalam alquran NAbi jelas katakan dia menghukum mengikut panduan alquran..

Mereka mencipta satu perktaan AKIDAH utk menyamai teknik paderi Yahudi utk menakut2kan penganut Yahudi agar patuh dan hormat pada para rabbi..sedangkan mereka tahu ddidalam alquran TIADA PERKATAAN AKIDAH...

Bagi mereka, tuhan mereka ialah ustaz dan ulama sahaja.. alquran hanay sebagai simbol tapi pegangang mereka ialah kitab tulisan tangan manusia...

sama jugalah mcm Yahudi dan Nasrani...

Dimana2 pun golongan ini tetap sama... Sembang kuat, tapi pengetahuan alquran lemah... Sebab itulah kata2 kegemaran mereka ialah ustaz kata anda sesat... sedangkan dlm alquran ALLAH sahaja yg menentukan siapa yg sesat dan siapa yg benar..

Mereka ini anti alquran... dan hanya menerima kata2 kaum habar yakni paderi saja...

Di zaman Ulama Islam ikut Hadis atau Sunnah
Rasul bersedih dan berdoa
25:30. Rasul berkata, "Wahai Tuhan ku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."
9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.
9:32. Mereka hendak padamkan cahaya Allah (Quran)  dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan untuk sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya. 

9:33. Dia yang utus Rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang sekutukan membencinya.

9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih. 

9:35. Pada hari mereka dipanaskan di dalam api Jahanam, di mana dahi mereka, dan lambungan mereka, dan punggung mereka, akan dicap, "Inilah apa yang kamu simpan untuk diri-diri kamu; maka rasalah apa yang kamu simpan."


**********
Ulama agama mengarang kitab agama
2:78 Dan di antara orang awam pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat (dan Quran) selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua agama mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
2:79 Neraka wil bagi orang-orang yang menulis Kitab (agama) dengan tangan mereka (lalu mengubah nama Nadi dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka neraka wil bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan neraka wil bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
2:80 Dan Ulama agama berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
2:81 (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82 Dan orang-orang yang beriman serta berbuat baik, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
2:62 Sesungguhnya orang-orang yang percaya (Quran), dan orang-orang Yahudi (yang bercaya kitab Taurat) dan orang-orang Nasora (yang kitab Injil), dan orang-orang Saabien (yang percaya kepada kitab-kitab Allah sebelum Taurat)sesiapa di antara mereka itu percaya kepada Allah dan hari akhirat serta berbuat baik, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Kepercayaan Tun Dr Mahathir tentang Islam
Dr Asri berguru dengan Youtube dan dengan Buku
96:1 Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
96:2 Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
96:3 Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
96:4 Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
96:5 Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Sedang Nabi Muhammad Tuhan perintah suruh baca dan tulis, tetapi mengapa Ulama-ulama Islam yang di akui oleh umat Islam sebagai pewaris Nabi itu,  larang orang awam baca tulis sendiri???

Apakah Ulama-ulama Islam itu jadi pembanggang Tuhan???
Dr Asri-KJ_Pendustaan Terhadap Nabi saw
Berbeza pendapat
34:24 Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami atau golongan kamu - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
Tentang Ibadah
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."
17:84 Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat (ibadat) menurut caranya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
************
Tanya Jawab
A. berkata, semua orang tahu, kata mati semua, tapi nak bawa apa bekal untuk mati itu???
B. bertanya, nak bawa apa???
A. Jawab, sembahyang lima waktu..
B. kalau gitu sembahyang banyak jangan tertinggal dan jangan lewat waktunya...
A. mengapa kamu tidak sembahyang???
B. karena aku tahu bahwa, Tuhan cadangkan neraka untuk orang sembahyang dan Tuhan cadangkan neraka juga untuk orang jahat, tapi Tuhan cadangkan syurga untuk orang baik, tidak ada nas dalil dalam Quran mengatakan neraka untuk orang berbuat baik yang riak...
A. apa maksud orang baik itu ???
B. maksudnya orang tidak buat jahat...jadi kalau dia buat jahat, bukan orang baik....
19:30 قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا
19:30. (Nabi isa anak mariam)Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.

19:31 وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ ‎وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا
19:31. Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya berSOLATlah, dan ZAKAT, selama aku hidup,

Kalau solat Nabi Isa ini sebagaimana umat islam solat atau sembahyang lima waktu, di kerjakan sekarang ini, sudah tentunya kaum kristen kerjakan terlebih dulu sebelum umat islam kerja sekarang, karena perkataan solat itu Allah sudah di perintah kepada para Nabi sebelum Nabi Muhammad lahir lahir kedunia ini lagi....