Jumaat, 17 Mac 2017

Islam Liberal ada alasan dalam Quran.

 
Islam Liberal memberi kebebasan berfikir tentang agama, dan tidak kafir mengafirkan orang karena surga neraka itu bukan milik Islam Liberal, karena surga neraka itu hanya semata-mata milik Tuhan
Pak Kasim kata, kita baca quran yang sama tapi tafsirnya berbeda tidak apa2
Quran pegangan orang Islam
3:103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Quran), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
16:125.Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
 2:256 Tidak ada paksaan dalam agama (Islam agama Damai), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut (ketua agama yang melampau batas), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama Quran) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
18:29. Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
34:24 Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami atau golongan kamu - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
17:84 Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat (ibadat) menurut caranya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."
109:1 Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! (yang tidak percaya ajaran Nabi Muhammad)

109:2 "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

109:3 "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

109:4 "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

104 "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
109:6"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
2:81 sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82 Dan orang-orang yang beriman serta berbuat baik, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
2:62 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta berbuat baik, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan merekapula tidak akan berdukacita
2:271. Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
6:160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
14:18 Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.
Islam untuk Melayu
*****
Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak ada alasan dalam Quran

Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kafir mengafirkan orang yang tak sepahaman dengan golongan Ulama mereka
34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin (yang percaya kepada Quran).

Mereka jadikan Ulama-ulama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain Allah
9:31 Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ulama-ulama agama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain dari Allah,...
5:82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik (orang Arab). Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

9:97 Orang-orang A'raab lebih keras kekufuranya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
*****
23:52 Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
23:53 Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
23:54 Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan (syirik),
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
Syirik artinya pecah
Pak samat kata orang awam tahu youtube siarkan tak boleh tipu
Quran kata, sejahat-jahat binatang di muka bumi ini ialah orang yang mempunyai akal yang sihat, tapi dia tidak guna akalnya itu, hanya semata-mata ikut apa kata dari Ulama-ulama saja.
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Ada Ulama menghalalkan Mengumpat Mencaci orang.

 Quran pegangan orang Islam
Ada Ustaz menghalalkan mengupat Siti Kasim
Apakah hukum mengumpat SITI KASIM.?
49:11 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
49:12 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
104:1 Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

hctg9127 berkata:
Anda yg sebenar dlm bahaya di sebabkan mengumpat siti kasim,,,,,,, Quran mengajar kita, tidak mencari kesalahan org lain,,,, lagi satu surah humazah berbunyi: celaka untuk org yg pengumpatttt,,,,,, Oh hati2 sahabat ku,,,,,,,   Allah mengajar kita damai,,, salam damai : )

Mohd yusuff Bin sharif berkata:
mengumpat org bawahan dibolehkan..tetapi mengumpat pada vip yang rasuah tak boleh  haram... -  ulamak malaysia.

Khamis, 16 Mac 2017

Orang Kafir yang dikafirkan oleh Ulama belumtentu orang itu masuk Neraka

Sebenarnya orang Kafir tidak ada, cuma ada, orang Hindu, orang Buddha, orang Yahudi, orang Kristian, orang Sunni, orang Syiah, orang Wahabi dllnya, tapi saya pernah dengar Ulama-ulama Islam mengafirkan orang ada, 
Hukum kafir mengafirkan orang
Pak samat kata orang awam tahu youtube siarkan tak boleh tipu
Quran kata, sejahat-jahat binatang di muka bumi ini ialah orang yang mempunyai akal yang sihat, tapi dia tidak guna akalnya itu, hanya semata-mata ikut apa kata dari Ulama-ulama saja.
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Jumaat, 10 Mac 2017

Wajib belajar agama

1. Golongan yang beriman kepada Hadis Bukhari, Muslim dllnya dan beriman kepada Kitab-kitab Fiqah Mazhab 4 dllnya, mewajibkan belajar agama dengan Ulama-ulama dari golongan mereka, 
Kalau Ulama dari golongan mereka kata Haram, maka kita orang awam pun ikut turut kata Haram, 
Kalau Ulama dari golongan mereka kata Halal, maka kita orang awam pun ikut turut kata Halal,
Kalau Ulama dari golongan mereka kata golongan itu sesat atau Kafir, maka kita orang awam pun ikut turut kata Kafar.
Kalau kita tidak turut berkata dimakian atau membantahnya, maka kita dihukum Murtad atau Kafir dan Sesat masuk neraka.

Dan cara-cara beribadat cuntuhnya cara-cara ibadat sembahyang, wajib kita ikut atur cara sembahyangnya itu oleh Ulama-ulama dari golongan mereka itu , maka tidak ibadat sembahyang kita itu tidak sah, masuk neraka juga, karena para Ulama mereka itu adalah pewaris Nab
9:31 Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ulama-ulama agama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain dari Allah,...
Tuhan tidak akan ampun dosa syirik, Tuhan akan ampun dosa selain dari itu
*********
2. Golongan yang beriman kepada Quran, mewajibkan belajar baca tulis
96:1 Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
96:2 Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
96:3 Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
96:4 Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

Dan apabila kita sudah tahu baca tulis, tentu kita boleh baca kitab-kitab agama, dan apabila kita telah baca kitab-kitab agama itu, maka kita pun boleh pilih kitab-kitab agama yang mana yang cucuk dengan diri kita sendiri:
  1. Apakah kita mau beragama yang mengajak manusia kejalan kedamain (yang dikatakan agama Islam) 
  2. Atau kita mau beragama yang mengajak manusia berpecah belah (yang dikatakan agama Syirik).
23:52 Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
23:53 Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
23:54 Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan (syirik),
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
5:82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik (orang Arab). Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
9:97 Orang-orang A'raab lebih keras kekufuranya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
*******
Nabi Muhammad ikut agama Nabi Ibrahim.
2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Nasrani, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi agama Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan (syirik)."

Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Ahli Sunnah atau Syiah, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi agama Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan (syirik)."
3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah agama Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan (syirik)."
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, agama Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukan orang yang sekutukan."
16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah agama Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan (syirik)."
2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada agama Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih (baik).
2:136. Katakanlah (wahai Muhammad), "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa(Taurat) dan Isa (Injil), dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim (bukan Sunni dan bukan Syiah)."
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukan seorang Yahudi dan bukan juga seorang Nasrani, tetapi dia seorang Muslim dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan (syirik).

Tidak, Ibrahim sebenarnya bukan seorang Sunni dan bukan juga seorang Syiah, tetapi dia seorang Muslim dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan (Syirik).
2:111. Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman surga kecuali orang Yahudi atau Nasrani." Demikian khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."

Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman surga kecuali orang Sunni atau Syiah." Demikian khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."
2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Nasrani tiada sesuatu", dan orang-orang Nasrani berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka baca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

Orang-orang Sunni berkata, "Orang-orang Syiah tiada sesuatu", dan orang-orang Syiah berkata, "Orang-orang Sunni tiada sesuatu"; dan mereka baca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.
2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

Dan tidaklah orang-orang Sunni akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”

Katakanlah, “Wahai kamu Ulama-ulama agama, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”
9:30 Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Dan orang-orang Sunni dan Syiah berkata: "Kabah ialah rumah Allah" 
2:79 Kecelakaan besar bagi orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang menulis Kitab dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

Kecelakaan besar bagi orang-orang (Sunni dan Syiah) yang menulis Kitab dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
2:80 Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

Dan mereka (Sunni dan Syiah) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
2:81 (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82 Dan orang-orang yang beriman serta berbuat baik, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
2:62 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta berbuat baik, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Pak samat kata orang awam tahu youtube siarkan tak boleh tipu
Quran kata, sejahat-jahat binatang di muka bumi ini ialah orang yang mempunyai akal yang sihat, tapi dia tidak guna akalnya itu, hanya semata-mata ikut apa kata dari Ulama-ulama saja.
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).