Khamis, 31 Oktober 2013

Yahudi


 Yahudi dan Nasrani :
A111
2:111 Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Samalah juga:
Orang-orang Da'wah berkata :"Tidak sekali-kali akan masuk Syurga malainkan masuk Da'wah"
Orang-orang Islam berkata:"Tidak sekali-kali akan masuk Syurga malainkan ikut Sunnah Nabi"

Yang menjadikan masalahnya, Sunnah Nabi yang mana yang akan masuk Syurga itu ?
Sunnah Wahabi dari kaum Muda kah atau Sunnah Ahlis Sunnah dari kaum Tua ?

kepada mareka-mareka itu , Tuhan perintah dalam ayat di atas itu: "bawalah keterangan masing-masing yang membuktikan kebenaran apa yang mareka katakan itu, jika betul mareka orang-orang yang benar.

Dan pada ayat sambungan ayat di atas itu, Tuhan memberi penjelasan tentang perkara sebenarnya :
A112
2:112 (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang Islam/menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya berbuat baik, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dengan penjelasan ayat di atas itu, tahulah kita bahwa agama yang benar adalah agama Islam yang berserah diri kepada Allah dan memmatuhi perintahnya serta berbuat baik. maka kita akan beroleh pahlanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Dari itu kalau kita berselisih paham dalam hal agama, kita seharusnya kebali kepada ayat-ayat di bawah ini :


A139
2:139 Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
A041
10:41 Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan".

A006
109:6 "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Kita bukan Nabi dan bukan Tuhan, kita hanya saorang Islam yang berserah diri kepada Tuhan untuk menentukan kedudukan kita di hari akhirat nanti.
*********
Nasrani
**********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan