Rabu, 14 Mei 2014

Beza Kafir dengan Kafir Musyrik

1
Orang Kafir tidak mengafirkan orang lain, karena dia sudah dikafirkan orang Islam.

Orang Kafir Musyrik adalah orang yang mengafirkan orang lain yang tidak sepahaman dengannya, Dia lah yang benar orang lain salah, saolah-olah Dia lah Tuhan  .
*********
2
Sebahgian orang Kafir di zaman ini, mengingkari tidak percaya hukum-hukum agama Islam yang di ada-adakan oleh Ulama-ulama Islam dalam kitab-kitab mareka.

Orang Kafir Musyrik, percaya hukum-hukum agama Islam yang di ada-adakan oleh ulama islam dalam kitab-kitab Ulama Islam sebagaimana mareka percaya hukum-hukum yang di ada-adakan oleh Tuhan dalam kitabnya Al-Quran :

9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.
******
3
Sebahgian Orang Kafir di zaman ini, tidak mengharamkan benda-benda yang di halal oleh Tuhan dalam Quran.

Orang Kafir Musyrikin di zaman ini, mengaharamkan benda-benda yang di halal oleh Tuhan dalam Quran .

Quran :

A145
6:145 Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu (1) bangkai, atau (2) darah yang mengalir, atau (3) daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau (4) sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

A115
16:115 Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

A116
16:116 Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

A035
16:35 Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya". Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?
A148
6:148. Orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama) akan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menjadi orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama), dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka mendustakan sehingga mereka merasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu mengeluarkan kepada kami? Kamu hanya mengikuti sangkaan, semata-mata dugaan."

Allah tak akan ampun dosa Syirik dan ia akan ampun dosa selain dari itu... .
A048
4:48 Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah , maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.