Sabtu, 24 Mei 2014

Tuhan buat Kabah..

1.Tuhan kata :
جَعَلَ اللهُ الكَعْبَةَ
"Tuhan buat Kaabah,.... "[5:97]
Orang Islam kata :"Nabi Ibrahim buat Kaabah,.."

2.Tuhan kata :"rumah Haram" [5:97]
Orang Islam kata :"rumah Suci"

3.Tuhan kata :"masjid Haram" [48:26]
Orang Islam kata :"masjid Mulia"

4.Tuhan kata :"orang paling dekat kasih sayang terhadap orang beriman adalah orang Nasrani" [5:82]
Orang Islam kata:"orang Nasrani Kafir"
[Ini sudah jadi satu amalan bagi orang Islam kafir mengafirkan orang sehingga sesama Islam itu sendiri pun mareka kafir mengafirkan]

5.Tuhan kata :"tanyalah orang yang membaca Al-kitab sebelum kamu" [10:94-21:7]
Orang Islam kata :"tanyalah Ulama Islam"

6.Tuhan kata :"Ulama penimpu"[9:34]
Orang Islam kata :"Ulama terima pusaka Nabi"

7.Tuhan kata:"Hukum Zina dera 100 rotan"
Orang Islam kat "Hukum Zina rejam sampai mati"

Saya percaya Tuhan lah yang membuat Kabah itu untuk tepat tupuan manusia supaya manusia dapat petunjuk darinya dalam Quran itu, dan manusia akan dapat tahu mana yang benar dan mana yang salah. itu pahaman saya...

Nabi Ibrahim meruntuhkan Kesemua berhala yang kecil, kecuali berhala yang besar.

Nabi Ibrahim meruntuhkan Kesemua berhala yang kecil, kecuali berhala yang besar.


Al-Quran :
21:51. Kami telah memberikan Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,

21:52. Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"

21:53. Mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami menyembah mereka."
21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."

21:55. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang bermain-main?"

21:56. Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang menyaksikan atas yang demikian.

21:57. Dan, demi Allah, sungguh aku akan membuat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu."

21:58. Lalu dia memecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang BESAR mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.

21:59. Mereka berkata, "Siapakah yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim."

21:60. Mereka berkata, "Kami mendengar seorang pemuda yang mengingat-ingatkan (menyebut-nyebut) mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."

21:61. Mereka berkata, "Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka mempersaksikan."

21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang melakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"

21:63. Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata."

21:64. Maka mereka kembali kepada diri-diri mereka sendiri, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah orang-orang zalim."

21:65. Kemudian kepala mereka ditundukkan, "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa ini semua tidak berkata-kata."

21:66. Berkata, "Apa, adakah kamu menyembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga memudaratkan kamu?

21:67. Cis, kepada kamu, dan apa kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"

21:68. Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak melakukan."


21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"

Nabi Ibrahim  meruntuhkan Kesemua berhala yang kecil, kecuali berhala yang besar. Ini berarti di zaman Nabi Ibrahim sudah meruntuhkan kesemua berhala yang kecil kecuali berhala yang besar , ini berarti lagi berhala yang besar itu masih ada di zaman Nabi Ibrahim, mungkin masih ada lagi di zaman ini, karena Nabi Ibrahim tidak meruntuhkannya , tepadi saya tidak tahu berhala yang itu berbentuk apa ?. 

Ada pun berhala-berhala yang kecil yang ada di dunia hingga kehari ini adalah berhala-berhala yang baru yang di buat oleh manusia selepas Nabi Ibrahim meruntuhkannya itu. 

7:195 Adakah berhala-berhala (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

Saya tidak tahu berhala seperti apa yang di sebut dalam Quran itu ?

Berhala Kabah dan Ulama