Selasa, 27 Mei 2014

SIAPA BERIMAN DAN SIAPA SYIRIK MENURUT QURAN

Orang beriman menurut Quran 
Ialah orang-orang yang percaya kepada Quran dan kitab-kitab sebelum Quran iaitu Taurat Zabur dan Injil. berdasar Firman Tuhan suran 2 ayat 4-5 :

2:4. Yang mempercayai apa yang diturunkan kepada kamu(Al-Quran), dan apa diturunkan sebelum kamu (Taurat, Zabur dan Injil), dan mereka yakin akan akhirat.

2:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang yang beruntung.
******
Orang Syirik menurut Quran
1.Orang Syirik percaya kepada Quran dan percaya kepada kitab-kitab selepas Quran.

2.Orang Syirik menjadikan Ulama Islam sebagai Tuhan selain Allah :

 9:31. Mereka mengambil habr (ulama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai Tuhan-tuhan selain daripada Allah,

3.Orang Syirik bersangatan keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya kepada Quran :

5:82. Sungguh, kamu mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya(kepada Al-Quran) ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama); dan sungguh kamu mendapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak menyombongkan diri.

4.Orang Syirik berpuak-puak dan tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada di sisi puak mareka :


30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan jangan menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,


30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.

5. Orang Syirik mengharamkan apa-apa yang di halal oleh Allah :
6:145. Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."

16:115. Hanya benda-benda ini Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

16:116. Dan jangan mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

16:35. Orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama) berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat; tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.

6:148. Orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama) akan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menjadi orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama), dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka mendustakan sehingga mereka merasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu mengeluarkan kepada kami? Kamu hanya mengikuti sangkaan, semata-mata dugaan."

6.Orang Syirik Allah tidak akan ampun dosa Syirik dan Allah akan ampun dosa selain dari itu :

4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar.