Rabu, 10 Ogos 2016

Islam pegang Quran bersatu Pegang Hadis Nabi di tulis oleh Ulama berpecah belah

Islam Pegang Quran bersatu
Muslim berserah diri kepada Allah untuk menentu apakah kita benar atau salah
3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan jangan kamu mati melainkan dalam kemusliman (berserah diri kepada Allah untuk menentukan apakah kita benar atau salah)
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah (Quran), semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api neraka, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
3:104 Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam = Damai), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. 
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.

2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya (kepada Quran), dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara Tuhan mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.


Islam Pegang Quran bersatu

Karena kitab Quran ada satu dan Nabi Muhammad yang menyampaikan ayat-ayat Quran pun ada satu orang saja.
Tetapi apabila mareka berbeza pendapat mareka berkata
34:24 Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami atau golongan kamu - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Dan apabila cara ibadat berbeza mereka berkata:
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."


17:84 Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat (ibadat) menurut caranya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

Pak kasim dihukum murtad karena beliau tak mengucap dua kalimah syahat didepan Ulama Sunni

2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
10:99. Dan sekiranya Tuhan kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu mareka beriman kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang beriman (seperti kamu)?
2:256 Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut (ketua agama Pelampau), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama allah) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dr Saiful, orang sebunyikan syahadatnya
1
2:140 "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadat (keterangan saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" 
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
2
2:61. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang satu macam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari 
(1) sayur-sayurannya, dan 
(2) mentimunnya, dan 
(3) bawang putihnya, dan 
(4) adas (kacang dalnya), serta 
(5) bawang merahnya". 
Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
3
85:12 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Apakah syahadat termasud dalam rukun Islam???

63:1 Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Kepercayaan Tun Dr Mahathir tentang Islam

16:125 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

*********
Quran di sebut Hadis juga
3:7 Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab (Quran), yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
45:6. Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan Hadis (perkataan) yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
52:34. (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan Hadis (kata-kata) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
56:81. Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap Hadis (keterangan-keterangan Al-Quran) ini?
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami (Quran), berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, jangan duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
4:140. Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada Hadis (memperkatakan) soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Islam Pegang Hadis Nabi yang di tulis oleh Ulamak berpecah belah
Dajjal tukan bohong atas nama Nabi - Dr Asri
Asal usul Hadis Nabi - Dr Razi

Nabi larang menulis hadisNya selain Quran - Ustaz Salman Ali
Islam Pegang Hadis Nabi yang di tulis oleh Ulamak berpecah belah
Karena kitab-kitab Hadis Nabi banyak yang di tulis oleh Ulama-ulama Hadis Nabi yang banyak,
Cuntuhnya, masalah quntu sembahyang subuh. (saya selalu mengambil cuntuh tentang masalah sembahyang sembahyang, karena Ulama Islam kata sembahyang lima waktu itu adalah tiang agama Islam kalau tidak sembahyang  adalah bukan orang Islam)

1. Ada Hadis yang mengatakan "Nabi baca Qunut sembahyang subuh sehingga Beliau wafat"
dalil Hadis riwayat dari Anas berkata:
مَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ـ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا
"Rasulullah saw, itu selalu berqunut dalam sembahyang subuh hingga Beliau wafat" (Baihaqi dan Hakim mengatakan sahih)

2. Dan ada Hadis yang mengatakan "baca Qunut sembahyang subuh itu adalah Bid'ah"
dalil Hadis riwayat dari abu Malik al-Asyjai, berkata:
يَا أَبَةِ إِنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا يَقْنُتُونَ قَالَ أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ
"Ayahku bersembahyang di belakang Rasulullah asw, ketika masih beliau berusia 16 tahun, juga di belakang abu Bakar, Umar, dan Utsman. saya bertanya: "apakah beliau-beliau berqunut?" ayah menjawab "tidak wahai anak ku, Itu hanya di ada-adakan (Bid'ah" (Termizi)

Kedua-dua Hadis itu mana yang betul???
Nabi Muhammad yang mana yang baca qunut dalam sembahyang subuh itu sehingga wafat???
Dan Nabi Muhammad mana pula yang tidak pernah baca qunut subuh itu ???

Masing-masing mengaku dari golongan marekalah yang benar sedang yang lain salah..
30:31. Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Quran) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
Saya kutip ini semua dalam Internet dan saya belajar dalam Internet sehingga kini saya masih belajar agama dalam internet.