Isnin, 9 Januari 2017

Umat Islam ada dua golongan ada yang baik dan ada yang jahat

Surah Al-Baqarah ayat 81, yang bunyinya bagini:
2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Ayat ini, semua ulama Islam dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ulama Islam dari golongan Syiah, dan Ulama Islam dari golongan Wagabu setuju, bahwa sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
********
Adapun, dalam surah Al-Baqarah ayat 82, yang bunyinya bagini:
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan عملوا الصلحات, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Dalam ayat ini, Ada dua golongan yang berpendapat, pada perkataan “عملوا الصلحات

1. Golongan orang Islam berpendapat, perkataan “عملوا الصلحات” itu, maksudnya, "berbuat kerja-kerja yang baik” tidak dikecewalikan apa bangsa, dan apa agamanya, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
6:160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
49:13. Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah (Quran), semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.

Jadi golongan ini, mereka tidak berpecah belah dalam agama mereka walau pun agama mereka berbeda.

*******

2.  Golongan Ulama Islam berpendapat, Perkataan “عملوا الصلحات” itu, maksudnya, sembahyang lima waktu, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

Jadi orang yang tak sembahyang lima waktu, walau baik setara mana pun akan masuk nereka:
Dan Ulama-ulama Islam yang sama-sama sembahyang lima waktu itu pun, kalau cara sembahyang mereka itu tidak sama dengan cara sembahyang Nabi akan masuk nereka juga.

Jadi, golongan Ulama-ulama Islam ini, mereka menjadikan agama mereka berpecah belah, karena cara-cara sembahyang mereka itu berbeza, dan masing-maing mereka mengaku bahwa cara-cara sembahyang dari golongan mereka sajalah yang benar dan yang lain salah masuk neraka.
sebelah kanan, mata merah, tapi topi dan baju biru, sebelah kiri, mata putih, tapi topi dan baju merah, 
6:159. Bahawasanya orang-orang yang menjadikan agama mereka berpecah belah (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
23:52. Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka.
23:54  Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan,
30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
Tuhan tidak akan ampun dosa Syirik, dan Tuhan akan ampun dosa selain dari itu
Pak samat kata orang awam tahu youtube siarkan tak boleh tipu
8:22 Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).