Rabu, 10 Ogos 2016

Islam pegang Quran bersatu Pegang Hadis Nabi di tulis oleh Ulama berpecah belah

Islam Pegang Quran bersatu
Muslim berserah diri kepada Allah untuk menentu apakah kita benar atau salah
3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan jangan kamu mati melainkan dalam kemusliman (berserah diri kepada Allah untuk menentukan apakah kita benar atau salah)
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah (Quran), semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api neraka, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
3:104 Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam = Damai), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itu penghuni-penghuni Api neraka, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. 
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itu penghuni-penghuni Taman syurga, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik.

2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya (kepada Quran), dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara Tuhan mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.


Islam Pegang Quran bersatu

Karena kitab Quran ada satu dan Nabi Muhammad yang menyampaikan ayat-ayat Quran pun ada satu orang saja.
Tetapi apabila mareka berbeza pendapat mareka berkata
34:24 Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami atau golongan kamu - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Dan apabila cara ibadat berbeza mereka berkata:
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."


17:84 Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat (ibadat) menurut caranya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

Pak kasim dihukum murtad karena beliau tak mengucap dua kalimah syahat didepan Ulama Sunni

2:44. Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
10:99. Dan sekiranya Tuhan kamu hendaki, sesiapa yang di bumi tentu mareka beriman kesemuanya. Adakah kamu akan paksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang beriman (seperti kamu)?
2:256 Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut (ketua agama Pelampau), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama allah) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dr Saiful, orang sebunyikan syahadatnya
1
2:140 "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadat (keterangan saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" 
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
2
2:61. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang satu macam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari 
(1) sayur-sayurannya, dan 
(2) mentimunnya, dan 
(3) bawang putihnya, dan 
(4) adas (kacang dalnya), serta 
(5) bawang merahnya". 
Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
3
85:12 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Apakah syahadat termasud dalam rukun Islam???

63:1 Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Kepercayaan Tun Dr Mahathir tentang Islam

16:125 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

*********
Quran di sebut Hadis juga
3:7 Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab (Quran), yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
45:6. Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan Hadis (perkataan) yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
52:34. (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan Hadis (kata-kata) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
56:81. Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap Hadis (keterangan-keterangan Al-Quran) ini?
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami (Quran), berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, jangan duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
4:140. Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada Hadis (memperkatakan) soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Islam Pegang Hadis Nabi yang di tulis oleh Ulamak berpecah belah
Dajjal tukan bohong atas nama Nabi - Dr Asri
Asal usul Hadis Nabi - Dr Razi

Nabi larang menulis hadisNya selain Quran - Ustaz Salman Ali
Islam Pegang Hadis Nabi yang di tulis oleh Ulamak berpecah belah
Karena kitab-kitab Hadis Nabi banyak yang di tulis oleh Ulama-ulama Hadis Nabi yang banyak,
Cuntuhnya, masalah quntu sembahyang subuh. (saya selalu mengambil cuntuh tentang masalah sembahyang sembahyang, karena Ulama Islam kata sembahyang lima waktu itu adalah tiang agama Islam kalau tidak sembahyang  adalah bukan orang Islam)

1. Ada Hadis yang mengatakan "Nabi baca Qunut sembahyang subuh sehingga Beliau wafat"
dalil Hadis riwayat dari Anas berkata:
مَا زَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ـ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا
"Rasulullah saw, itu selalu berqunut dalam sembahyang subuh hingga Beliau wafat" (Baihaqi dan Hakim mengatakan sahih)

2. Dan ada Hadis yang mengatakan "baca Qunut sembahyang subuh itu adalah Bid'ah"
dalil Hadis riwayat dari abu Malik al-Asyjai, berkata:
يَا أَبَةِ إِنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا يَقْنُتُونَ قَالَ أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ
"Ayahku bersembahyang di belakang Rasulullah asw, ketika masih beliau berusia 16 tahun, juga di belakang abu Bakar, Umar, dan Utsman. saya bertanya: "apakah beliau-beliau berqunut?" ayah menjawab "tidak wahai anak ku, Itu hanya di ada-adakan (Bid'ah" (Termizi)

Kedua-dua Hadis itu mana yang betul???
Nabi Muhammad yang mana yang baca qunut dalam sembahyang subuh itu sehingga wafat???
Dan Nabi Muhammad mana pula yang tidak pernah baca qunut subuh itu ???

Masing-masing mengaku dari golongan marekalah yang benar sedang yang lain salah..
30:31. Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Quran) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
Saya kutip ini semua dalam Internet dan saya belajar dalam Internet sehingga kini saya masih belajar agama dalam internet.

Selasa, 9 Ogos 2016

Alasan wajib percaya Hadis Hukum Bukhari, Muslim dll

Alasan wajib percaya kepada Hadis Bukhar
3:31 Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

1. Ulama Sunni berpendapat, perkataan "ikutlah Aku" itu maksudnya "ikut Nabi Muhammad" maksudnya "ikutlah kitab Hadis hukum Bukhari"yang di tulis oleh Bukhari
2. Ulama Syiah berpendapat, perkataan "ikutlah Aku" itu maksudnya "ikut Nabi Muhammad" maksudnya "ikutlah kitab Hadis Al-Kafi" yang di tulis oleh Ya'kub Al-kalaini
(lihat dalam kitab I'tikad Ahli Sunnah wal Jammah oleh kiay haji sirajudin ab bas muka surat462)

3. Ulama Da'wah berpendapat, perkataan "ikutlah Aku" itu maksudnya "ikut Nabi Muhammad" maksudnya "ikutlah kitab Hadis Fadhail A'mal" yang di tulis oleh 
4. Golongan Anti Hadis berpendapat, Perkataan "ikutlah Aku" itu maksudnya "ikutlah Nabi Muhammad" maksudnya "ikutlah kitab Quran 30 juzu' yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad itu"
 karena Nabi Muhammad Tuhan perintah Ikut Quran, sebagaimana firmannya:
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada Mu (Quran) daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.

Dan Tuhan larang mengikuti orang-orang menyengutukan Allah, yang menjadikan agama mareka berpecah belah:
30:31. Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (Quran) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
30:32. Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
*********
3:32 Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

1. Ulamak Sunni, Syiah, Da'wah perkataan "Taatlah kamu kepada Allah" maksudnya "Quran" . perkataan "RasulNya" maksudnya:
Ulamak Sunni maksudnya "Hadis Bukhari"
Ulamak Syiah maksudnya " Hadis Al-Kafi"
Ulamak Da'wah maksudnya "Hadis Fadhail A'mal"

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِكٍ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
"Rasulullah bersabda :"Aku tinggal dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu pegang teguh kepada keduanya, yaitu kitab Allah (Quran) dan sunnah Nabi atau sunnah Rasulullah" - Al Mautha' Hadis Imam Malik.

قَالَ أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
" Rasulullah bersabda "Aku berpesan kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah, dan dengar dan serta taat kepada (pemrintah) kamu sekali pun ia saorang hamba abdi bangsa habasyi, karena sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak, dan (dengan di makian) berjaga-jagalah kamu! jauhilah diri dari perkara-perkara baru (Bid'ah) itu adalah sesat, oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang di makian, maka handaklah ia menurut sunnahKu dan sunnah Khulafa rasyidin yang beruleh pertunjuk, berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya" - Hadis Turmizi.

Ulama' Pewaris Nabi-nabi - Hadis Bukhari 
****
2. Golongan Anti Hadis, perkataan "Taatlah kamu kepada Allah" maksudnya, "kitab-kitab Allah yang di turunkan kepada para Nabi-nabiNya, yaitu Quran kitab Nabi Muhammad, Injil, kitab Nabi Isa, Taurat kitab Nabi Musa, kitab Zabur kitab Nabi Daud"
2:4 Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
2:5 Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
5:44 ....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.
2:6 Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Perkataan "RasulNya" maksudnya "Para Rasulullah yang tersebut dalam Quran ada 25 orang"
33:38. Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah (sunnah Allah) yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.

33:62. Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.

Kalau menurut Quran, tidak ada Sunnah Nabi, atau Sunnah Rasul dan Sunnah Sahabat dan bagitu juga tidak ada dalam Quran mengatakan Para Ulamak itu pewaris Nabi...
2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

Isnin, 8 Ogos 2016

Beza Pemrintah, Ulamak, dan Nabi

Pemrintah
4:59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa pemrintah) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Pemrintah adalah manusia biasa di antara kita, kamadian di lantik oleh manusia berbagai bangsa dan berbagai agama, untuk memimpin mereka dalam masalah dunia, dengan udang-udang atau peraturan-peraturan yang di sepakati oleh rakyat-rakyatnya itu, atas dasar semua agama yang ada di dunia ini, yaitu "berbuat baik di balas baik, berbuat jahat dibalas jahat" :

2:81 sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
2:82 Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
2:62 Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

3:102. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam=Damai), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
*********
Ulamak
Ulamak adalah manusia luar biasa, yang di lantik oleh orang-orang Islam, untuk menentukan siapa benar dan siapa salah atau siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka di hari akhirat nanti.

*********
Nabi
Nabi dan Rasul adalah manusia biasa, yang di lantik oleh Tuhan untuk menyampai wahyunya :
17:90. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami.
17:91. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.
17:92. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
17:93. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya". Katakanlah (wahai Muhammad):" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?

Nabi apabila Beliau berbeza pendapat Tuhan berfiman:
34:24 Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami atau golongan kamu - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
Nabi apabilaberbeza beribadat, Tuhan firman:
10:41. Jika mereka dustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa kamu buat."

17:84 Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat (ibadat) menurut caranya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.