Orang beriman menurut Quran
Ialah orang-orang yang percaya kepada Quran dan kitab-kitab sebelum Quran iaitu Taurat Zabur dan Injil. berdasar Firman Tuhan suran 2 ayat 4-5 :
2:4.
Yang mempercayai apa yang diturunkan kepada kamu(Al-Quran), dan apa diturunkan sebelum
kamu (Taurat, Zabur dan Injil), dan mereka yakin akan akhirat.
2:5.
Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah
orang-orang yang beruntung.
******
Orang Syirik menurut Quran
1.Orang Syirik percaya kepada Quran dan percaya kepada kitab-kitab selepas Quran.
2.Orang Syirik menjadikan Ulama Islam sebagai Tuhan selain Allah :
9:31. Mereka mengambil habr (ulama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai Tuhan-tuhan selain daripada Allah,
3.Orang Syirik bersangatan keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya kepada Quran :
5:82. Sungguh, kamu mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya(kepada Al-Quran) ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama); dan sungguh kamu mendapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak menyombongkan diri.
4.Orang Syirik berpuak-puak dan tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada di sisi puak mareka :
4.Orang Syirik berpuak-puak dan tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada di sisi puak mareka :
30:31.
Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan
jangan menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,
30:32.
Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi
golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.
5. Orang Syirik mengharamkan apa-apa yang di halal oleh Allah :
6:145.
Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa diwahyukan kepadaku, tiada
yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali
ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran -
atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa
yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai,
sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115.
Hanya benda-benda ini Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging
babi, dan apa disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang
terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
16:116.
Dan jangan mengatakan apa yang lidah kamu menyifatkan dengan dusta, "Ini
halal, dan ini haram," supaya kamu mengada-adakan dusta terhadap Allah;
sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan
beruntung.
16:35.
Orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama) berkata, "Sekiranya
Allah menghendaki, tentu kami tidak menyembah, selain daripada Dia, sesuatu,
kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan, selain
daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka buat;
tiadalah atas rasul-rasul, melainkan untuk menyampaikan yang jelas.
6:148.
Orang-orang yang mempersekutukan(Allah dengan Ulama) akan berkata,
"Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menjadi orang-orang yang
mempersekutukan(Allah dengan Ulama), dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak
juga kami mengharamkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka
mendustakan sehingga mereka merasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah
kamu sebarang pengetahuan untuk kamu mengeluarkan kepada kami? Kamu hanya
mengikuti sangkaan, semata-mata dugaan."
6.Orang Syirik Allah tidak akan ampun dosa Syirik dan Allah akan ampun dosa selain dari itu :
4:48.
Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia
mengampunkan yang selain itu kepada siapa Dia mengkehendaki. Sesiapa
menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar.